srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 20-Nov-2008 11:20 Email | Share | Bookmark
PROGRAM AMAL DI INSTITUT TAUFIQ ISLAMI & APAM PISANG COKLAT

Assalamualaikum & selamat sejahtera

JAUH BERJALAN LUAS PEMANDANGAN BERTAMBAH PENGALAMAN MENINGKAT PENGETAHUAN
Semakin jauh kita berjalan, semakin banyak kita belajar mengenai perkara-perkara baru. Semakin banyak kita melawat tempat-tempat baru, semakin banyak kita berdepan dengan situasi-situasi baru dan semakin banyak kita memperolehi ilmu-ilmu baru. Dalam mempelajari sesuatu, kita perlu berusaha mencari, jangan harap 'sesuatu' itu datang sendiri.
Maka marilah kita berjalan-jalan..CUTI CUTI MALAYSIA..

INSTITUT TAUFIQ ISLAMI
Alhamdulillah..Berbekalkan kerjasama yang hebat daripada pelbagai pihak, Program Amal ke Institut Taufiq Islami di Klang berjalan dengan baik. Program yang sepatutnya bermula pukul 10 pagi berlangsung 1 jam lewat. Itupun ada 2 orang lagi yang sampai melewati waktu makan; iaitu saya & k-salwa. Maklum la kitorang pergi bersiar-siar; 'Jauh berjalan luas pemandangan bertambah pengalaman meningkat pengetahuan'..

Pintu Masuk


Idea program amal yang dicetuskan oleh k-salwa serta dibantu oleh k-Azue ini turut disertai oleh geng TKB (Team Ketupat Bawang); k-wana & family, tutie & co serta saya sendiri, selain family k-Azue, k-jasmeen, k-fazylah & k-suhaila. Pada hari tersebut, selain menghulurkan sumbangan kewangan yang berjaya dikumpulkan daripada rakan-rakan FP serta pelbagai pihak, adik-adik di institut tersebut juga dijamu dengan pelbagai juadah yang kami bawa. Antaranya bihun goreng, nugget goreng, brownies, fruit tartlets, apam pisang coklat, tembikai, puding jagung, swissroll k-jasmeen serta cupcakes k-Daalia & k-Misliha.

adik-adik


kakak-kakak


Terima kasih kepada semua individu yang telah menyertai program ini serta semua penyumbang dana & makanan serta pihak yang telah terlibat secara langsung & tidak langsung. Semoga kita semua mendapat manfaat serta keredhaan ALlah. Insya ALlah TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA. Bersyukur-lah kita dengan segala nikmat & kurniaan-Nya. Renung-renungkan & selamat beramal
Terima kasih juga kepada k-salwa & k-fazylah yang sudi menumpangkan saya

Bergambar kenangan beramai-ramai


Sila klik k-Azue, tutie, ssalwa & fzyfuzzy untuk gambar & info lanjut

APAM PISANG COKLAT
Saya suka sangat buat Apam Pisang Coklat ni, sebabnya kojo sonang yo ni..Resipi senang; nak cari bahan-bahan senang, nak buat senang, nak makan pun senang Resipi ni saya dah ubah sikit, sikit je..

Quote:
APAM PISANG COKLAT
resipi asal: Hanieliza FP

Bahan A
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat

Bahan B
1 cawan pisang (saya guna pisang lemak manis atau pisang berangan)
1 cawan gula
2 biji telur
1/2 cawan minyak

Cara
1-Ayak kesemua bahan A. Ketepikan
2-Hancurkan pisang
3-Masukkan gula, telur & minyak. Gaul
4-Campurkan bahan A yang telah diayak. Gaul
5-Sudukan dalam acuan & kukus selama 10 minit


Senang kan? Saya bawa Apam Pisang Coklat ni je masa program amal tu, tapi tak ambik gambar pulak. Mujur k-Azue ada. Terima kasih k-Azue..

Apam Pisang Coklat



GOOD LUCK kepada pelajar-pelajar yang masih menduduki SPM, STPM & peperiksaan universiti.
Buat adikku IMAH, gambate kudasai!!

STUDY nih..

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net