srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 25-Nov-2008 11:25 Email | Share | Bookmark
ORKID KASUT & APAM JOHOL

Assalamualaikum & selamat sejahtera

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH
Sesuatu benda/perkara yang sudah terang lagi nyata dan pasti, tetapi masih lagi mahukan bukti. Situasi ni memang biasa. Kadang-kadang bukan setakat bukti, rahsia peribadi habis digali..

BUNGA
Cerita lama. Mak suruh saya balik kampung bawa kamera. Walaupun ‘study’ pasal Orkid, ini kali pertama saya tengok Orkid ni. Kesimpulannya saya tak tahu Common Name apatah lagi Scientific Name Orkid ni..

Quote:
Mak: Assalamualaikum..Kak..
Akak: Waalaikumussalam..
Mak: Minggu ni balik kampung tak?
Akak: Lom tau laie..Apsal lak Mak?
Mak: Kalau balik tolong bawak’an kamera..
Akak: Nak buek apo kamera?
Mak: Nak ambek gamba la..Aghitu Mak ado tanam orkid, dah be-bungo..Lawa bungo eh Kak..Bontok (bentuk) kasut..Akak ponah tengok tak?
Akak: Tak..
Mak: Ha, tu yang kono balik tuh..Bungo’eh kan..bla bla bla (sambil menerangkan ke-cantik-an orkid tersebut)..Bukan’eh sonang nak tengok Orkid Kasut ni..(aik? dah ada nama dah?)
Akak: Ok..Insya Allah Akak balik minggu ni..
Mak: Kamera jangan lupo..
Akak: Iyo..


Inilah bunga Orkid bentuk kasut


Alang-alang tu ambik juga gambar bunga-bunga lain di halaman rumah. Antaranya..


CAMERON HIGHLAND 2007
Lepas tengok gambar bunga Orkid Kasut tu teringat pulak..Tahun lepas semasa ke Cameron Highland ada terjumpa bunga Lady Shoe. Tapi yang ni bukan Orkid la..

Lady Shoe..blur da..


Antara tanaman yang terdapat di sekitar Cameron Highland


APAM JOHOL vs APAM PISANG JOHOL a.k.a APAM PISANG DAUN RAMBAI
Sebelum balik semalam [Isnin 241108], sepupuku Niezam ym ini..timo kasih Jam!!

Quote:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1124&pub=utusan_malaysia&sec=Selatan&pg=ws_01.htm&arc=hive
APAM JOHOL MEMIKAT
Oleh Ainol Amriz Ismail


KUALA PILAH 23 Nov. - Keenakan apam Johol pernah diperdebatkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri dua tahun lalu apabila jenama tersebut diletakkan pada kuih apam yang bukan asli sehingga menjejaskan pengeluaran kuih tradisional unik ini.
Lebih mengecewakan, ketika itu apam tersebut dihidangkan kepada tetamu kehormat dalam satu majlis dengan menyatakan ia adalah hasil sebenar apam dari daerah Johol sedangkan keasliannya tidak menyerlah.
Kisah mengecewakan itu sudah berlalu namun persoalannya apakah rahsia kuih apam Johol sehingga keasliannya tidak boleh digugat sesiapa.
Pengusahanya di Kampung Masjid Tua, Johol dekat sini, Zahariah Mohd Zin, 39, berkata, dia telah mengusahakan apam Johol sejak 2005 dan tidak pernah menjejaskan kualiti dan keasliannya.
Menurutnya, apam Johol atau dikenali juga 'apam daun rambai diadun dengan teliti supaya mampu mengeluarkan aromanya tersendiri apatah lagi ia dibungkus dengan daun rambai.
''Apam Johol dibungkus dengan teliti untuk membangkitkan selera. Kalau tidak percaya, rasalah," kata Zahariah sambil tersenyum.
Menurutnya, dia mampu menghasilkan kira-kira 500 hingga 700 ketul kuih berkenaan sehari dan ia boleh mencecah sehingga 2,000 ketul sehari terutama apabila ada majlis kerajaan, keraian atau cuti sekolah.
''Saya telah membuat pelbagai kajian dan cita rasa untuk menghasilkan apam bermutu dan ia bukan sahaja memerlukan ramuan yang sebati supaya apabila dikukus, kuih berkenaan naik dengan cantik.
''Apam Johol ini istimewa kerana ia bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja tetapi kini diperluaskan kepada hidangan sampingan menggantikan pulut dalam campuran cendol.
''Ia juga boleh dimakan dengan sambal tumis ikan bilis dan percaya atau tidak, sekali makan apam Johol, anda tentu ingat sampai bila-bila," ujarnya.
Menurut Zahariah, dia bukan sahaja berjaya memasarkan apam Johol ini di sekitar Negeri Sembilan malah ada juga tempahan yang diterima dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka dan juga Singapura.
''Harga seketul apam Johol 30 sen di sekitar pekan Johol dan 35 sen jika ia diedarkan di Seremban," katanya.
Ditanya apakah rahsia pembuatan apam Johol sehingga rasanya menjilat jari, Zahariah menjelaskan, itu adalah rahsia peribadi yang tidak dikongsi.
Bagaimanapun dia berkata, bahan untuk membuat apam Johol ialah tepung gandum, gula merah, gula pasir, ibu roti dan selepas diadun ia akan dikukus cuma 10 minit.
Kata Zahariah lagi, jika orang ramai hendak menempah apam Johol yang cukup istimewa ini bolehlah menghubunginya di talian 013-6891620.
''Apam Johol ini tidak melekit dan dibuat pejal serta mampu tahan lama sekurang-kurangnya tiga hari," katanya.


k-fazzarinna pun ada buat entry pasal ni jugak..Banggo oghang Johol

APAM JOHOL ni berbeza dengan APAM PISANG DAUN RAMBAI yang Mak saya buat tu (previous entries)

Quote:
APAM PISANG DAUN RAMBAI
Resipi: Pn Husni a.k.a Mak saya


Bahan2
1 cawan pisang* yang telah dikisar (sukat selepas dikisar)
1 ½ cawan gula
3 cawan tepung
3 sudu besar mentega/marjerin
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil cream of tartar

Cara2
1 Kisar pisang (yang telah dikisar) dengan soda bikarbonat, cream of tartar, gula & mentega/marjerin
2 Gaul bahan2 yang telah dikisar dengan tepung; sedikit demi sedikit
3 Bungkus dengan Daun Rambai**
4 Kukus selama 12 minit

* lebih sedap guna pisang kapas/kolek/masam
** boleh diganti dengan Daun Pisang atau boleh juga dikukus terus menggunakan talam/loyang/acuan lain


WORKSTATION
Saya di-tag oleh tokey kek & swissroll Shah Alam; k-jasmeen..

saya transfer gambar entry lepas-lepas..aci ek


STUDY ok!!

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net