srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 3-Dec-2008 12:03 Email | Share | Bookmark
PUDING ROTI versi BAKAR & KAWAN4 KAWEN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


Pantun paling popular berkaitan 'belajar'..
Tolong jangan cakap tak pernah dengar..

PUDING ROTI versi BAKAR

Sambung MASAK-MASAK DI JOHOL..Sudah lama teringin nak buat Puding Roti versi Bakar, sebelum ni ‘asyik’ buat versi kukus je..Ini resipi versi sendiri; kombinasi pelbagai sumber resipi..

Quote:
PUDING ROTI

Bahan2
6 keping roti
200ml susu segar
1 sudu besar mentega
2 biji telur
3 sudu besar gula
1 genggam kismis

Cara2
1-Susun roti dalam loyang
2-Pukul susu, telur & 2 sudu besar gula
3-Curahkan bahan-bahan yang telah dipukul ke atas roti. Biarkan terendam sekejap
4-Taburkan kismis, mentega & baki gula di atas permukaan adunan
5-Bakar pada suhu 200 C selama 20 minit atau sehingga masak

Sos Kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar gula
3 sudu besar tepung kastard

Kacau kesemua bahan atas api sehingga masak

Untuk menghidang, potong puding roti, curahkan sos sebelum dimakan


sebelum & selepas..ter-over-cooked ckit..


mari 'cover' dengan sos..


MUSIM CUTI SEKOLAH=MUSIM KENDURI KAHWIN

Saya memenuhi beberapa undangan perkahwinan kawan-kawan
SELAMAT PENGANTIN BARU
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat

AZIZUL-SHIMA


AFIFAH-WANZUL


AISYAH-RANI


AZAM-AISHAH


UCAPAN

Ucapan ini daripada sepupuku Fida. Terima kasih ye Kak Lang
Saya tujukan khas kepada semua kawan-kawan..

Ina & Ina; anak kepada Fida & anak kepada saudara ie jiran depan rumah di kampung


HAPPY BIRTHDAY juga kepada Fida (4 Disember) May ALlah bless u..

SALAM AIDILADHA
Selamat Hari Raya Haji @ Hari Raya Korban @ Aidiladha kepada semua kawan-kawan
Kepada yang balik kampung, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA
SELAMAT BERCUTI
Ini juga khas untuk kawan-kawan..

Rumah Pusaka di Kampung Changgang Johol N9


Orang lain bz, sy pn nk bz juga..
Mari bz..
STUDY!!

Btw sy memang terpaksa bz sebab kena habis-kn study menjelang penghujung Disember 2008..
Doakan sy berjaya ye..tq tq

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net