srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 20-Jan-2009 01:20 Email | Share | Bookmark
FRIM KEPONG & ASAM PEDAS DAGING

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

MELEPASKAN BATOK DI TANGGA
Membuat sesuatu secara sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. BATOK, bukannya BATUK. Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, perkataan BATOK merujuk kepada tempurung dalam Bahasa Jawa. BATOK digunakan secara tradisional sebagai penceduk air untuk membasuh kaki sebelum melangkah ke dalam rumah. Sepatutnya selepas menggunakan BATOK untuk membasuh kaki, BATOK perlu diletakkan semula di tempat asalnya, iaitu di pancang kayu yang disediakan berhampiran tempayan air. Namun begitu seringkali BATOK diletakkan di atas tangga selepas digunakan. Situasi ini menggambarkan seseorang itu tidak melakukan sesuatu yang sepatutnya dilakukan, iaitu tidak bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu.

2009
20 hari dalam tahun 2009..
Tahun 2009 saya agak busy
Saya mohon maaf kerana kurang berkesempatan untuk update & melawat FP rakan-rakan..

FRIM KEPONG
Alhamdulillah..Setelah beberapa kali menolak pelawaan kawanku Erliz, saya berpeluang ke FRIM Kepong. Memang dah lama teringin nak pergi ber-aktiviti di FRIM. Kitorang pergi ber-5; saya, Erliz & kawan2 Erliz; Ilah & Ana serta kawan kepada kawan2 Erliz; k-Nurul. Sebelum menyusuri jambatan gantung, kitorang terpaksa hiking dulu..Hiking sekejap je + tak setinggi mana pun.

Trek hiking..


Jambatan gantung


Bergambar ber-5 sebelum melangkah ke jambatan gantung


Sebaik turun dari jambatan gantung (11.30am), kitorang bergegas ke KL Central hantar k-Nurul. Just in time. Check in ERL 12.30pm, flight k-Nurul 1.55pm Dari KL Central kitorang ber-picnic di Tasik Varsiti UM, makan Nasi Lemak Ilah..Terima kasih ye korang..

ASAM PEDAS DAGING
KOLEKSI MASAK-MASAK 2008. Masak Asam Pedas Daging. Uwan Johol ajar. Masak simple Asam Pedas, tapi ganti ikan dengan daging. Sodap kalo dapat makan dengan nasi panas, ikan masin & sayur.



SEDIH dalam GEMBIRA
Gembira sebab kawan3 baik dah bertemu jodoh masing3 & nak kahwin sepanjang tahun ni..Sedih sebab lepas ni 'hilang' kawan3 baik. Tapi harap-harap diorang tak hilang la..huhu

STUDY
Semoga dapat habis study secepat mungkin..
& bertemu jodoh

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net