Want your
own Fotopage?








 
srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Mar-2009 02:20 Email | Share | Bookmark
BOLA TAMPAR

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

BADAN CERGAS OTAK CERDAS
Apabila badan aktif otak juga bergerak aktif. Seronok bersukan/bersenam/riadah ni. Selain mengisi masa terluang, sukan juga mengeratkan silaturrahim. Di samping itu, sukan juga sangat baik untuk kesihatan. Badan sihat otak pun sihat. Majulah sukan untuk negara.

BOLA TAMPAR
Secara jujur, saya tidak terror sukan, tapi saya 'sibuk' nak main bola tampar..

Sejarah
Pada 9 Februari 1895, William G Morgan, Pengarah Pendidikan Fizikal di YMCA (Young Men's Christian Association) di Holyoke, Massachusetts Amerika Syarikat, telah mencipta 1 permainan baru yang dipanggil Mintonette, yang dimainkan secara indoor oleh beberapa orang pemain. Ciri permainan tersebut mirip kombinasi tenis & bola baling. Pada 1896, ketika pertunjukan pertama permainan tersebut di International Training YMCA School, Alfred Halstead, seorang pemerhati, melihat permainan tersebut mempunyai teknik pukulan balas (volley), maka muncul nama VOLLEYBALL ie Bola Tampar.

Permainan
Bola Tampar ialah sukan berpasukan Olimpik, iaitu melibatkan 2 pasukan dengan 6 orang pemain yang dipisahkan olah jaring. Setiap pasukan cuba mendapatkan mata melalui jatuhan bola di gelanggang lawan. Kebiasaannya permainan bola tampar menggunakan tangan, namun pemain juga boleh menggunakan anggota-anggota badan yang lain, selagi tidak melanggar peraturan permainan. Terdapat beberapa teknik tertentu yang digunakan dalam permainan Bola Tampar, termasuk spiking, blocking, passing, setting dan beberapa strukur posisi pemain.







PERNYATAAN
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini, atas kesibukan yang melampau, saya hanya akan update FP 3 kali sebulan iaitu pada 10, 20 & 30hb. YM pun akan slow sikit. Namun begitu blog akan 'aktif' di-update memandangkan blog merupakan salah satu tugasan untuk subjek study saya (10%). Mohon maaf atas segala 'ke-tidak-aktif-an'. Harap maklum.

blog AKU BUKAN KAMU

STUDY

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net