srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 30-Jun-2009 06:30 Email | Share | Bookmark
ALAS KAKI-ku

Assalamualaikum & selamat sejahtera

ALWAYS PUT YOURSELF IN SOMEONE ELSE' SHOES
or Put Yourself in Other's Shoes
Peribahasa ini mengingatkan kita agar sentiasa meletakkan diri dalam keadaan atau situasi orang lain. Atau dalam kata lain, kita perlu sentiasa cuba memahami orang lain. Kadang-kadang apabila berlaku pada orang lain kita tak faham, tapi apabila sendiri dah rasa, barulah terasa. Maka marilah kita sentiasa cuba saling memahami.

TAG SELIPAR
Saya & ahli TKB (Team Ketupat Bawang) di-tag oleh Presiden TKB.
Setelah mendapat kebenaran Presiden TKB, saya menggunakan Sandal (bertali) bagi menjawab tag ini

Sandal Bertali



Kat mana beli?
Jln Tunku Abdul Rahman (Jln TAR) KL

Berapa harga?
RM47 (ada diskaun)

Dah berapa lama pakai?
8 bulan

Kenapa suka?
Sangat selesa. Warna hitam, boleh mix & match dengan semua warna baju. Lagipun match dengan handbag hitam-ku yang 1 itu

Dah bawa sampai mana?
Selain KL, Selangor & Negeri Sembilan, sandal ini juga telah berjalan ke Melaka, Perak & Pahang, je kot..

Ucapan
Oh sandal-ku, Aku Sayang Kamu..Mmmuaaahhh hah hah

BONUS: Kisah di sebalik pembelian sandal
Saya ke Jln TAR dengan Q. Target nak beli sandal bertali yang simple tapi boleh tahan lama; untuk kegunaan formal dan tak formal, walaupun budget ciput masa tu. Setelah penat mencari di pelosok Midvalley, PJ & Kota Raya, akhirnya pergi pula ke Jln TAR. Masa masuk kedai tu nampak ada sorang awek bertemankan pakwe-nya sedang mencuba sandal (hitam) tersebut ditemani seorang salesgirl. Saya yang terpikat, terus masuk ke dalam kedai dan ke rak, seterusnya minta salesgirl yang lain ambil sandal hitam tersebut saiz 5. Dan salesgirl tersebut terus mendapatkan sandal hitam saiz 5 tersebut. Ketika sedang mencuba sandal itu, kedengaran awek tadi macam marah-marah sebab awek tu pun nak sandal hitam itu saiz 5 juga. Awek tu tak puas hati sebab dia yang tengok sandal tu dulu, tapi saya pula yang dapat. Dalam keadaan marah, awek tu terus blah. Saya cakap kat pakwe awek tu, kalau nak saya boleh bagi sandal yang dalam tangan saya tu. Tapi awek tu dah menonong jauh. Salah-kah saya? 1st come 1st serve vs 1st ask 1st get..

Selipar Jepun



Selipar Jepun ni untuk kegunaan di rumah sahaja..

Multi Purpose Shoe a.k.a Kasut Getah



Ini pulak Kasut Getah atau boleh juga dikenali sebagai Multi Purpose Shoe. Sebelum ni tak terfikir pun nak beli Kasut Getah, tapi disebabkan Kasut Getah ni sangat diperlukan ketika ke Pulau Pangkor (April 2009) hari tu, terpaksa beli juga. Tiba-tiba ter-seronok pulak pakai Kasut Getah ni. Selain untuk kegunaan harian (ke kedai/pasaraya), Kasut Getah ini juga boleh digunakan di dalam air serta untuk aktiviti senaman ringan. Kalau kena air, Kasut Getah ni cepat kering. Memang best!

FEQ & FID JUMPA KAK INA & ANGGERIK RIMBA @ TAMPIN N9
Mak suruh balik kampung ambil gambar *** (next next next n3). Kebetulan si Pidah pun balik kampung juga, so tumpang si Pidah. Sebelum tiba di Johol, kami melangok dulu di Tampin, bertemu kak Ina a.k.a Presiden TKB & Anggerik Rimba.

Memula makan kat Kedai Kuih Udang


Lepas tu ke Tampin Square & Tampin Shopping Centre


Esoknya on the way ke Pahang, kami singgah pula di rumah kak Ina di Gentam, Kuala Pilah


KOLEJ MATRIKULASI PAHANG
Kami 3 beranak; Mak, saya & Pidah melawat budak bertuah; si Imah..



HAPPY BIRTHDAY ANUM 1 JULAI
Happy Birthday kepada adikku Anum..
May Allah bless u..
May all your wishes come true



Oh sudah panjang bangat..

Ayo STUDY..

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net