srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 10-Nov-2009 11:10 Email | Share | Bookmark
ERLIZ KAWEN

Assalamualaikum & selamat sejahtera

BAGAI PINANG DIBELAH DUA
Peribahasa ini merupakan antara peribahasa yang paling popular berkaitan perkahwinan, yang bermaksud 'serupa benar'. Kebiasaannya bagi menggambarkan pasangan tersebut sangat secocok dan sesuai benar, sama cantik sama padan. Peribahasa lain yang turut membawa pengertian yang sama ialah 'Salin/sesalin tak tumpah' dan 'Seperti peluru dua setuangan'.
Sumber: KaryaNet

ERLIZ-SAIFUL (7-11)

Tahniah & selamat pengantin baru kepada Puan Erliz & Encik Saiful
Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..

Akad nikah di masjid



Majlis di dewan



Hantaran



Tumpang gembira sebab kawan-kawan dah kahwin
Tapi sedih sebab semua kawan dah kahwin
Hmm..kena cari kawan baru?

SELAMAT PENGANTIN BARU (Saloma)

Selamat pengantin baru
Selamat berbahagia
Selamat ke anak cucu
Selamat sejahtera

Semoga berkekalan
Semoga berpanjangan
Semoga satu tujuan
Semoga aman

Hidup mestilah rukun
Sabar paling perlu
Cinta setiap hari
Senyum mesti selalu

Selamat Pengantin Baru oleh Saloma (Filem Madu Tiga 1964)


Pada hari bersejarah Erliz & Saiful, berlaku satu lagi sejarah iaitu..

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA ke-83

Tahniah kepada pasukan bola sepak Negeri Sembilan kerana telah berjaya menjulang Piala Malaysia ke-83 baru-baru ini. Turun selaku pasukan underdog, Negeri Sembilan gagah menewaskan Kelantan 3-1 walaupun 'dikepung' 70 000 penyokong The Red Warriors. Setelah 61 tahun menanti, kejayaan skuad Rusa ini merupakan hadiah istimewa sempena pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11, Tuanku Muhriz ibni Tuanku Munawir. Walaupun perlawanan hebat tersebut dicemari insiden kurang bermoral segelintir penyokong fanatik pasukan lawan, anak buah Wan Jamak Wan Hassan tidak sedikit pun melengah-lengahkan masa permainan. Berbekalkan disiplin yang tinggi, 90 minit masa permainan digunakan sebaik mungkin untuk memastikan kejuaraan milik Negeri Sembilan, setelah 2 kali tewas dalam perlawanan akhir pada tahun 2000 dan 2006. Tambah manis pasukan yang menampilkan kesebelasan pemain utama berbilang bangsa ini muncul pasukan tunggal yang tidak pernah kalah sepanjang aksi Piala Malaysia 2009, dengan hanya bolos 3 gol sepanjang musim ini.

Pemain Negeri Sembilan (1Malaysia): Mohd Farizal Harun (Penjaga Gol), S Kunalan, Mohd Aidil Zafuan, Mohd Zaquan Adha, Shahurain Abu Samad, Mohd Shukor Adan, Ching Hong Aik, Idris Abdul Karim, Rezal Zambery Yahya (Kapten), Hairuddin Omar dan Mohd Alif Samsudin.


Gambar dari Arkib Utusan Online 08/11/09

Hobin Jang Hobin!!

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net