srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Nov-2009 11:23 Email | Share | Bookmark
SOLAT JUMAAT @ MASJID INDIA & SALAM AIDILADHA

Assalamualaikum & salam sejahtera

SOLAT JUMAAT
Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9

Sumber: Wikipedia

Nota: Ramai yang mampu menunaikan Solat Jumaat; adakah kerana 1x seminggu? Berbanding Solat Fardhu (Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak) yang 35x seminggu. Paling benci muslim yang jangankan solat fardhu, solat jumaat pun kantoi jugak? Renung-renungkan & selamat bersolat..

SOLAT JUMAAT INDIA @ MASJID INDIA
Jumaat minggu lepas saya ke Jalan Masjid India untuk mendapatkan barang-barang keperluan jahitan. Sememangnya sangat suka ke 'kawasan tersebut' pada hari Jumaat, kerana selain ber-shopping, dapat menyaksikan 'limpahan' muslimin menunaikan Solat Jumaat di perkarangan masjid, kaki lima & jalan raya!! Sudah sejak sekian lama kepingin merakamkan 'suasana indah' ini, baru sekarang berkesempatan, itupun cuma guna kamera fon je..Aci kan?

Perkarangan masjid & kaki lima bazaar


Bazaar/gerai di sebelah kiri


Jalan raya; masjid di sebelah kiri


Di celah-celah gerai; masjid di sebelah kanan


Kaki lima kedai; masjid di depan (<clear sbb rakam sambil berjalan..)


Alhamdullilah..mission accomplish?

SALAM AIDILADHA
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin muslimat di seluruh dunia..
Selamat balik kampung..
Selamat bercuti..

JAHIT LENGAN BAJU RM20 (Sila rujuk previous n3)
Terima kasih kepada pelanggan yang sudi membuat tempahan..
Tawaran masih dibuka sehingga hujung tahun, insya Allah

NEXT PROJECT?
Masih dalam proses perancangan+pembikinan projek terbaru..1 jam dok try&error lakar design nih. Actulally common design je, tapi maklum la bukan pakar. Habis segala formula, kira-kira, congak, janjang (Add M3), kalkulator pon guna. Ini memang original design; sendiri buat, dari kecik lagi dok guna, terutama untuk decorate kerja kursus masa kat bangku sekolah dulu. So kalo ada rezeki akan ter-laksana-lah projek ini (bunyi macam grand je..huhu)



TAKZIAH
Salam takziah kepada sepupu Abah sekeluarga. Anak mereka (2 pupu saya) iaitu Allahyarham Hazim Ahmad Lotfi (18 tahun) meninggal dunia minggu lepas akibat kemalangan jalan raya. Paling menyedihkan ketika kejadian, ibu bapa Allahyarham sedang berada di Tanah Suci Mekah; menunaikan ibadah haji. Allahyarham merupakan anak sulung dari 4 beradik, tahfiz & sedang menuntut di sebuah kolej di Bahau, N9. Al-Fatihah

STUDY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!?

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net