srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 30-Nov-2009 11:30 Email | Share | Bookmark
KENTANG PUTAR & OFFER JAHIT MANIK!!

Assalamualaikum & selamat sejahtera

NAMA SAINTIFIK (Scientific Name)
Sistem formal penamaan spesis disebut sebagai Sistem Pengelasan Binomial (Binomial Classification System), atau lebih biasa dikenali dengan Nama Saintifik (Scientific Name). Penggunaan Nama Saintifik yang mengaplikasikan Bahasa Latin mula diperkenalkan oleh Carl Linnaeus pada abad ke-18. Berbanding penamaan organisma (haiwan & tumbuhan) menggunakan 7 kategori asal iaitu Kingdom-Phylum-Class-Order-Family-Genus-Species, Nama Saintifik hanya mengandungi 2 perkataan iaitu Genus & Species.

Cara penulisan Nama Saintifik Yang Betul [Biologi Tingkatan 4 Bab 8]
Nama Saintifik wajib ditulis secara condong (italic) atau bergaris (underline).
Genus: huruf pertama wajib huruf besar
Species: semua huruf kecil

Contoh: Nama Saintifik bagi Manusia ialah Homo sapien atau Homo sapien
Penulisan yang betul: Homo sapien atau Homo sapien
Penulisan yang salah: Homo Sapien/homo sapien/homo Sapien/HOMO SAPIEN/Homo Sapien/homo sapien/homo Sapien/HOMO SAPIEN/Homo Sapien/homo sapien/homo Sapien/HOMO SAPIEN

Contoh lain:
Harimau: Panthera tigris
Kucing: Felis domesticus
Bunga Raya: Hibiscus rosa-sinensis
Kelapa Sawit: Elaeis guineensis
Durian: Durio zibenthinus
Padi: Oryza sativa
Kentang: Solanum tuberosum

KENTANG PUTAR (Mashed/Whipped Potato)
Minggu pertama bulan November, saya balik kampung, ERLIZ KAWEN. Suatu malam tu ter-nampak Mak tengah kupas kulit Solanum tuberosum (kentang)

Quote:
Akak: Mak, kupeh kontang nak buek apo?
Mak: Sajo yo, dah kontang eh ado. Akak ado apo2 projek ko?
Akak: Oo..hmm..Jom kito buek mashed potato nak Mak?
Mak: Buleh yo..Resipi eh ado ko?
Akak: No hal..Kito google kek internet..


So kitorang anak beranak pon melaksanakan misi mashed potato, siap dengan gravy, ala K*C..
Alhamdulillah, licin licau kami kerjakan. Cuti Raya Haji baru-baru ni bikin sekali lagi, dengan abg & kakak ipar pun join tolong..

KENTANG PUTAR ala K*C

Quote:
Kentang Putar
Bahan2
10 biji kentang
1/4 cawan susu segar
Sedikit garam
Sedikit lada hitam (tak letak pun takpe sebab sos dah ada lada hitam)

Cara2
1. Rebus kentang hingga empuk & toskan.
2. Hancurkan kentang menggunakan handmixer.
3. Tambah susu segar, garam & lada hitam. Gaul sebati.

Gravy ala K*C
Bahan2
Ayam/daging
Air
1 biji bawang besar (potong dadu)
40g mentega (lebih kurang 2 sudu besar)
20g tepung gandum (lebih kurang 2 sudu besar)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam (tumbuk)
Sedikit kicap (untuk warna)
Sedikit garam

Cara2
1. Rebus ayam & air (buat stok ayam, atau boleh guna kiub/perencah).
2. Masukkan bawang besar, masak hingga mendidih, Tapis ke dalam mangkuk. Ketepikan.
3. Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum. Kacau.
4. Tuang air rebusan dan kacau sehingga tidak bergentel.
5. Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap, lada hitam dan garam. Kacau sebati.
6. Sedia dimakan bersama kentang putar.

Untuk resipi lanjut sila klik daunpandan@myresipi


Western style; mashed potato with gravy


Eastern style: mashed potato with rendang?


Phew..Dah lama xde entry resipi Eh, ini 2nd entry utk resipi bagi tahun ni? Waahh??!!

Quote:
JAHIT MENJAHIT vs SUMBER PENCARIAN?

Sudah beberapa tahun, setiap kali tiba bulan 12 saya mula tidak keruan, iaitu ke-putus-an Sumber pencarian (??). Maka apabila tiba hujung tahun saya perlu melakukan sesuatu untuk menampung perbelanjaan harian. Perniagaan merupakan sumber pendapatan terbaik.
Home-made cake/cupcakes/brownies mampu menjanjikan keuntungan, tetapi memerlukan modal yang tidak kurang hebat. Maka setelah berfikir dan berfikir, saya memilih untuk terjun ke bidang jahitan manik. Walaupun masih mentah dalam dunia ini, saya perlu bertahan

Jadi sebagai menjana pendapatan, saya umumkan HARGA TERENDAH ini (sementara stok masih ada):

JAHIT PERMATA LENGAN RM15
JAHIT PERMATA TUDUNG dari RM25
JAHIT MANIK LENGAN RM20
JAHIT MANIK TUDUNG dari RM35


DISKAUN
10% diskaun bagi tempahan melebihi 1 helai baju/tudung

INFO
HARGA adalah TERMASUK Collect & Delivery (bergantung kepada lokasi)
Harga permata (biasa): dari RM8 1 meter (bergantung kepada corak & gred)
Harga manik (biasa): dari RM5.50 1 peket kecil (bergantung kepada jenis & gred)
Upah jahitan: dari RM7

HARGA BOLEH DIRUNDING

Sekiranya berminat, sila tinggalkan nama & no telefon di ruangan komen atau emel ke feqahsrs@yahoo.com




Terima kasih atas sokongan & tempahan anda

STUDY

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net