srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 10-Dec-2009 12:10 Email | Share | Bookmark
SEMPOI BREAKFAST + DOA AWAL & AKHIR TAHUN HIJRAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera

KALAU PADI KATAKAN PADI,
TIDAK SAYA TERTAMPI-TAMPI,
KALAU SUDI KATAKAN SUDI atau KALAU JADI KATAKAN JADI,
TIDAK SAYA TERNANTI-NANTI.

Pantun Melayu lama yang lebih kurang bermaksud kalau mahu sila beritahu, kasihan si dia tertunggu-tunggu. Kalau nak, cakap. Kalau tak cakap macamana-lah orang tu nak tau, kan? Sebab tu kadang-kadang jadi miscommunication. Teringat lirik lagu, "Jangan fikir lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang.."

1st COMMENTOR AWARD
Sebab itulah memang saya tak tunggu lama-lama..Bukan senang nak dapat 1st Commentor Award daripada k-pau ni..Thanx k-pau



**update
DOA AKHIR TAHUN & AWAL TAHUN HIJRAH

Doa akhir tahun dibaca selepas Asar hari terakhir Hijrah (eg 30 Zulhijjah 1430H; 17 Disember 2009)
Doa awal tahun dibaca selepas Maghrib hari pertama Hijrah (eg 1 Muharam 1431H; 17 Disember 2009)


SARAPAN PAGI SEMPOI
Sarapan pagi saya selalunya memang ringkas & sempoi je

Telur Hancur Lada Hitam (a.k.a black pepper scramble egg)


Quote:
Telur Hancur Lada Hitam
telur rebus (dari kenduri kawen kawan)
bawang merah
bawang putih
lada hitam
sos tiram
garam
minyak

1. Hancurkan telur rebus.
2. Panaskan minyak.
2. Tumis bawang merah & bawang putih.
3. Masukkan sos tiram & garam. Kacau.
4. Masukkan telur. Kacau. Siap.


Oat & epal


Cornflake & epal


KUIH SELEPAS RAYA (HARI RAYA PUASA)
Pada minggu yang sama dengan ERLIZ KAWEN & KENTANG PUTAR, ada 2 projek 'kuih selepas raya' dilaksanakan. Masa Hari Raya Puasa yang lepas, kitorang tak sempat nak buat kuih raya sebab masing-masing balik kampung dah lambat. Kebetulan balik kampung minggu tu tengok bahan-bahan semua ada, so projek pun jalan!!

Chocolate Cornflake yang sempoi; cornflake + coklat masakan sahaja, tapi laris..


Tart Rambutan ni adik-ku Imah & mak saudara-ku Ateh yang buat..


Quote:
OFFER JAHIT MANIK

JAHIT PERMATA LENGAN RM15
JAHIT PERMATA TUDUNG dari RM25
JAHIT MANIK LENGAN RM20
JAHIT MANIK TUDUNG dari RM35


DISKAUN
10% diskaun bagi tempahan melebihi 1 helai baju/tudung

INFO
HARGA adalah TERMASUK Collect & Delivery (bergantung kepada lokasi)
Harga permata (biasa): dari RM8 1 meter (bergantung kepada corak & gred)
Harga manik (biasa): dari RM5.50 1 peket kecil (bergantung kepada jenis & gred)
Upah jahitan: dari RM7

HARGA BOLEH DIRUNDING

Sekiranya berminat, sila tinggalkan nama & no telefon di ruangan komen atau emel ke feqahsrs@yahoo.com



STUDY!!

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net