srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 20-Dec-2009 12:20 Email | Share | Bookmark
TIRAMISU

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

BETTER LATE THAN NEVER
Lambat tidak mengapa (?), asalkan ada. Lebih baik ada dari tiada langsung, kan? Tapi perkara ini memang tidak boleh dijadikan kebiasaan. Sama la macam last minute & suka bertangguh. Bukan apa, tangguh punya tangguh kerja pun tak siap-siap, nanti dah banyak jadi malas pulak. Ish ish apo nak jadi nih? Serius, x syok la lambat-lambat..huhu..

BERTAPA DI KAMPUNG
Seminggu bertapa di kampung, menjadi surirumah (sekarang dah balik KL) Dari memasak, membasuh baju, melipat baju hingga-lah mengemas rumah. Setiap hari beberapa kali 'berperang' di dapur sambil sibuk melayari internet; mencari resipi yang senang2, je. Sampai adikku Dik Wan cakap, "Mak masak tak payah tengok internet pon". Cheh, saya jawab, "Akak ko ni nak buat eksperimen ok.." Abah pun sangat sporting, setiap kali keluar rumah mesti tanya, "Ado apo-apo nak boli tak? Aghini nak masak apo?". Mak pulak memang suko boto deh

Alhamdulillah, sepanjang seminggu tu macam-macam sempat buat; dari bubur nasi, butter prawn, ikan 3 rasa, daging masak asam, ayam masak merah, pai daging, donut cakcibur/donut kentang (2x), puding karamel, plain crackers, umai udang & yang terakhir tiramisu. Ada rezeki boleh update kt FP

TIRAMISU
Tiramisu ni buat sempena celebrate birthday adikku Uda, in advance; birthday Uda 25 Disember (Christmas boy). Sebenarnya Uda sibuk suruh beli cream cheese, nak makan dengan roti kot. So semasa ke Tampin dengan Mak, beli la cream cheese, memang rezeki sebab masa tu cream cheese tinggal 1 blok sahaja. Alang-alang dah ada cream cheese, kakak diorang yang 'ter-over'-rajin ni pun buat la TIRAMISU, sekaligus celebrate birthday Uda



Seperti biasa, resipi yang paling sempoi, buat ikut kesesuaian & bahan-bahan yang ada

Quote:
TIRAMISU

Bahan2
biskut oreo
air panas
nescafe
1 blok 250g cream cheese
1/2 cawan gula (prefer 1/4 cawan je)
1 cawan yogurt asli
1/2 cawan air
1 sudu besar serbuk agar-agar
serbuk koko/nescafe

Cara2
1. Hancurkan biskut oreo.
2. Bancuh air panas & nescafe & sedikit serbuk agar-agar.
3. Tuang 2 ke dalam 1 & gaul sebati.
4. Sapu bekas dengan mentega, tekan+padat-kan 3 sebagai base.
5. Pukul cream cheese. Masukkan gula & yogurt. Pukul hingga sebati.
6. Masak air & serbuk agar-agar sehingga mendidih.
7. Masukkan 6 ke dalam 5. Pukul/kacau sebati.
8. Masukkan adunan ke atas base tadi.
9. Kemudian tabur nescafe/serbuk koko.
10. Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.


HAPPY BIRTHDAY UDA (25 Disember)
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 u..
Happy Birthday 2 UDA..
Happy Birthday 2 u..

May Allah bless u..
May all your wishes come true

SUKAN SEA ke-25 2009 Laos
TAHNIAH kepada kontijen MALAYSIA yang telah berjaya membawa pulang 40 Emas 40 Perak 59 Gangsa sepanjang temasya sukan dwi tahunan; Sukan SEA ke-25. Secara keseluruhan Malaysia berada di tangga keempat; di belakang Thailand, Vietnam & Indonesia. TAHNIAH juga kepada skuad Bola Sepak B23 yang telah menumpaskan gergasi bola sepak ASEAN; Thailand 2-1 (semi final) & Vietnam 1-0 (final), sekaligus menamatkan kemarau 20 tahun Emas Bola Sepak Sukan SEA. Sedikit hampa kerana tiada liputan harian sepanjang temasya berlangsung, dengan alasan tidak mahu membazir duit rakyat. Hmmm

Quote:
JAHIT PERMATA/MANIK LENGAN

JAHIT PERMATA LENGAN RM15
JAHIT PERMATA TUDUNG dari RM25
JAHIT MANIK LENGAN RM20
JAHIT MANIK TUDUNG dari RM35


DISKAUN
10% diskaun bagi tempahan melebihi 1 helai baju/tudung

INFO
HARGA adalah TERMASUK Collect & Delivery (bergantung kepada lokasi)
Harga permata (biasa): dari RM8 1 meter (bergantung kepada corak & gred)
Harga manik (biasa): dari RM5.50 1 peket kecil (bergantung kepada jenis & gred)
Upah jahitan: dari RM7

HARGA BOLEH DIRUNDING

Sekiranya berminat, sila tinggalkan nama & no telefon di ruangan komen atau emel ke feqahsrs@yahoo.com



Terima kasih atas sokongan & tempahan anda


Minggu ni keputusan PMR & 1 lagi akan keluar..nervous

STUDY

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net