Want your
own Fotopage?








 
srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 15-Aug-2010 08:15 Email | Share | Bookmark
ORKID di TAMAN PERTANIAN SABAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

LAIN PADANG LAIN BELALANG
Perumpamaan "Lain Padang Lain Belalang" membawa maksud yang serupa dengan "Lain Lubuk Lain Ikan", serta pantun 2 kerat yang tidak kurang popular; "Banyak Udang Banyak Garam, Banyak Orang Banyak Ragam". Sudah lumrah setiap orang dilahirkan berbeza. Macam saya juga, orang lain sibuk dengan pelbagai resipi menarik versi Ramadhan di fp, fb & blog, saya pula sibuk dengan koleksi orkid. Maklum-lah tiada resipi yang BEST untuk dikongsi baa..XOXO

ORKID DI TAMAN PERTANIAN SABAH
Walaupun 10 Julai 2010 sudah ada enrty berkaitan Taman Pertanian Sabah, tapi yang ini lain sedikit. Kali ini saya cuma paparkan koleksi gambar bunga Orkid yang tedapat di Taman Pertanian Sabah; sempena Pesta Bunga Orkid yang berlangsung pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010. Buat pengetahuan, taman ini terletak di Lagud Sebrang, iaitu lebih kurang 15km dari pekan Tenom.

Saya ke taman tersebut ber-4; dengan 3 orang kawan. Pusingan pertama kami menaiki tren, manakala pusingan kedua mengayuh basikal. Bayaran masuk adalah RM10, manakala RM3 dikenakan untuk berbasikal selama 1 jam. Tren adalah percuma.

Laluan Masuk


Bangunan Pentadbiran, Ruang Santai, Tempat Meletak Kenderaan & Kiosk


Tren & Basikal


Pusat Anggerik Kacukan & Pusat Anggerik Tempatan


Koleksi Orkid di Taman Pertanian Sabah, TENOM






Last but not least, foto Konvokesyen 2010 iaitu sehari sebelum 1 Ramadhan (10/8/10)


RAMADHAN 1431H
Tahun ini merupakan tahun pertama merasai pengalaman berpuasa di TENOM, Sabah. Tidak kisah walau di mana kita berada, Selamat Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net