srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 20-Sep-2010 09:20 Email | Share | Bookmark
AIDILFITRI 2010

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

DENDANG PERANTAU (P Ramlee)



Quote:
DENDANG PERANTAU (P Ramlee)
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku

Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya

Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau


AIDILFITRI 2010

Alhamdulillah..Aidilfitri kali ini kami sambut dengan penuh meriah tetapi sederhana. Paling seronok kami sekeluarga dapat berkumpul bersama pada Hari Raya Pertama. Tema Raya kami pada tahun ini ialah MERAH! Kali pertama pulang beraya sebagai 'perantau' baa..ewahh..



MAKAN2 RAYA
Sempena kali pertama meraikan suasana beraya di Sabah, sempat menjemput anak-anak murid untuk Makan2 Raya di rumah (sewa). Juadah yang ringkas & mudah saja baa..

Edisi 1: Nasi Ayam, Bihun Sup, Nugget & Sosej Goreng, Kek Coklat Kukus, Puding Cocktail, Buah Oren, Air Oren & Kuih Raya
Edisi 2: Bolognese Spaghetti, Chicken Fingers, Trifle, Float, Air Oren, Kuih Raya

Sebahagian hadirin


Sebahagian juadah raya


SELAMAT HARI RAYA
Mohon Maaf Salah & Silap

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net