srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 5-Oct-2010 10:05 Email | Share | Bookmark
KELUPIS & OPEN HOUSE

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

MAKE HAY WHILE THE SUN SHINES
Sementara masih ada masa lakukan-lah segala perkara yang perlu. Jangan pula tunggu sehingga saat terakhir. Tapi kita ni kadang-kadang memang suka 'cari pasal'. Punya-lah banyak masa lapang, tidak 'sampai hati' pula nak buat kerja. Dah hujung waktu nanti baru-lah 'terhegeh-hegeh'..Harap-harap para pelajar PMR & SPM 2010 sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan sejak awal tahun lagi baa..No last minute please..

KELUPIS
Kelupis merupakan salah satu makanan tradisi yang popular semasa sambutan Hari Raya di Malaysia Timur. Makanan yang boleh didapati di Sabah, Sarawak & Brunei ini dinamakan Kelupis sempena daun yang membalut makanan ini iaitu, daun kelupis. Kelupis dibuat dari beras pulut yang dikukus bersama santan kelapa & sedikit garam, seterusnya dihidang & dimakan bersama Kuah Kacang.





OPEN HOUSE
Bagi sambutan Aidilfitri 2010, kami 3 rakan serumah berpakat mengadakan Rumah Terbuka yang melibatkan 3 buah sekolah iaitu SMK Entabuan, SMK Chung Hua & SK Pekan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis ini. Menu yang kami sajikan ialah Laksa Penang, Bihun Soto, Nasi Himpit & Kuah Kacang, Kek Coklat Kukus, Puding Karamel, Buah Oren & Air Oren. Buat pengetahuan, semua menu kami bertungkus lumus masak sendiri baa..



ALL THE BEST PMR 2010
Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon PMR 2010. Semoga dapat menjawab dengan cemerlang XOXO

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net