srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 10-Nov-2010 11:10 Email | Share | Bookmark
KG PANGI TENOM SABAH

Assalamualaikum & selamat sejahtera..

SOMETHING HAPPEN FOR REASON
Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Sebagai contoh, kalau bukan kerana tugas mungkin saya masih belum berpeluang menjejakkan kaki di Sabah, apatah lagi Kg Pangi..

KG PANGI TENOM, SABAH
Kampung Pangi terletak kira-kira 9 kilometer dari Pekan Tenom. Uniknya, kampung ini hanya boleh dihubungi dengan jalan keretapi, kerana tiada kemudahan jalan raya untuk ke pekan. Selain itu, kampung ini juga tidak mempunyai sebarang talian telefon, termasuk Telekom.







Walaupun kedengaran terpencil, Kg Pangi mempunyai daya tarikan tersendiri. Selain mempunyai pemandangan alam semulajadi yang indah, Kg Pangi juga menjadi tarikan pelancong yang meminati aktiviti 'water rafting'. Aktiviti lasak ini dijalankan di sungai berarus deras; Sungai Padas. Sungai Padas juga menempatkan stesen hidro elektrik.







Sangat teruja untuk ke Kg Pangi kerana terdapat beberapa pelajar yang tinggal di kawasan kampung ini. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi. Kemudian sempat berjalan-jalan di sekitar kampung berhampiran & jambatan gantung, sebelum bertolak pulang pada jam 10.30 pagi. Perkhidmatan keretapi ke Kg Pangi hanya disediakan 2 kali iaitu pada pukul 7.30 pagi & 12.30 tengah hari. Selain keretapi, penduduk tempatan juga menggunakan troli untuk ke pekan. Perjalaanan pekan-Kg Pangi mengambil masa 1/2 jam menaiki keretapi, manakala 1 jam diperlukan jika menaiki troli!!





Lama sudah nda update baa. School holiday is around the corner. Yeah..

Happy Holiday..

And not to forget..ALL THE BEST TO ALL SPM CANDIDATES

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net