srsfeqah.fotopages.com

By: srs feqah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-May-2011 05:20 Email | Share | Bookmark
KUDAT Sabah

Assalamualaikum & salam 1 Malaysia..

WHEN THERE'S A WILL THERE'S A WAY
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Lebih kurang macam 'Hendak 100 daya tak hendak 1000 dalih'. Kalau kita mahukan sesuatu sudah tentu ada cara, tapi jangan pula malas berusaha. Kalau sendiri malas, itu sengaja cari nahas...............

UPDATE 2011
Fuuhh..5 bulan tak update..Tengok macam dah sunyi je fp ni, tu yang maleh nak update. Tapi sayang la pula tak dapat nak tulis kenangan & coretan 2011. Kalau FB tu setakat update status setiap hari + upload foto boleh la bah, tapi kalau nak menulis bagai, tak sesuai uols....hehe

Kita buat rumusan je la ek; nak cerita semua tak tedayo kek sE doh..
Sepanjang 5 bulan pertama 2011 ni, pelbagai peristiwa menarik telah berlaku. Antara yang paling menyeronokkan ialah berpeluang jadi 'chaperon' @ jurulatih wanita untuk sukan balapan & padang. Dari peringkat sekolah > daerah TENOM > bahagian PEDALAMAN (di Tambunan) > peringkat negeri SABAH (di Kudat). Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak yang telah memberikan peluang. Penglibatan ini juga telah membawa kepada Anugerah Guru Paling Aktif Sukan sempena sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah baru-baru ini

Itu perihal kokurikulum, kurikulum pula dapat ajar SAINS Form 3 (which is yeay) & English Form 1. Selain itu, ada juga beberapa tugasan lain yang tak perlu disebut..hehe..Kesimpulannya tahun 2011 merupakan tahun yang agak sibuk <--- Alasan tak dapat update fp

MSSS (Majlis Sukan Sekolah-sekolah Sabah) KUDAT 2011
So for the first update of 2011 let me present you Kudat's photo collection. Kudat located at north of Sabah, which is approximately 300km from Tenom..speaking London kunun..hehe..

Memula kita tengok foto sukan dulu la ek, dah nama pun pergi MSSS Kudat kan..Secara keseluruhan Kontinjen Pedalaman berjaya menggugat keunggulan kontinjen Barat buat pertama kali dalam masa 3 tahun. Tahniah kepada semua atlet & jurulatih. Tahun depan MSSS di Keningau (bahagian Pedalaman), kita 'sapu' semua ba

Pusat Sukan Kudat; tepi pantai angin kuat


Obor MSSS Kudat 2011


Bendera negeri-negeri di Malaysia


Dari sudut sisi pulak


Bendera bahagian-bahagian di Sabah; BARAT (hijau), SANDAKAN (Merah), UTARA (Hitam/Putih), TENGGARA (Biru), PEDALAMAN (kuning) & SELATAN (oren)


Gersom; Lompat Jauh L18 Emas; wakil Sabah ke MSSM Ipoh 2011


Elviviannie juga wakil Sabah ke MSSM Ipoh 2011; 4x100m


Hisyam; 100m, 400m, 4x400m pun wakil Sabah ke MSSM Ipoh 2011


Rick; Emas 800m & 1500m juga wakil Sabah ke MSSM Ipoh 2011


Sebelum meninggalkan Kudat kami sempat ke Tanjung Simpang Mengayau; The Tip of Borneo; the main attraction of Kudat..penghujung Sabah beb..Tak sah tak ke sini kalau ke Kudat


Laluan turun yang 'siok'..hehe


Tu dia 'The Tip of Borneo'


8/13 'chaperon' dari Pedalaman


10 atlet & 3 coach dari daerah TENOM


Sekian sahaja buat masa ini. Seterusnya akan cuba update foto-foto di Tambunan & Sipitang pula. By the way, school holiday is around the corner. Dah 5 bulan tak balik kampung; kali terakhir meninggalkan JOHOL ialah pada 28 Dis 2010. Ish rindu ooooo Tak sabar nak balik. Tapi sebelum balik 'bos' suruh marking exam papers & key in marks dulu..adedei..Wish me da best k

Wassalam


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net