WHEN THERE'S A WILL THERE'S A WAY
Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Lebih kurang macam 'Hendak 100 daya tak hendak 1000 dalih'. Kalau kita mahukan sesuatu sudah tentu ada cara, tapi jangan pula malas berusaha. Kalau sendiri malas, itu sengaja cari nahas...............
UPDATE 2011
Fuuhh..5 bulan tak update..Tengok macam dah sunyi je fp ni, tu yang maleh nak update. Tapi sayang la pula tak dapat nak tulis kenangan & coretan 2011. Kalau FB tu setakat update status setiap hari + upload foto boleh la bah, tapi kalau nak menulis bagai, tak sesuai uols....hehe   :-D
Kita buat rumusan je la ek; nak cerita semua tak tedayo kek sE doh..
Sepanjang 5 bulan pertama 2011 ni, pelbagai peristiwa menarik telah berlaku. Antara yang paling menyeronokkan ialah berpeluang jadi 'chaperon' @ jurulatih wanita untuk sukan balapan & padang. Dari peringkat sekolah > daerah TENOM > bahagian PEDALAMAN (di Tambunan) > peringkat negeri SABAH (di Kudat). Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak yang telah memberikan peluang. Penglibatan ini juga telah membawa kepada Anugerah Guru Paling Aktif Sukan sempena sambutan Hari Guru 2011 peringkat sekolah baru-baru ini  8-)  8-)
Itu perihal kokurikulum, kurikulum pula dapat ajar SAINS Form 3 (which is yeay) & English Form 1. Selain itu, ada juga beberapa tugasan lain yang tak perlu disebut..hehe..Kesimpulannya tahun 2011 merupakan tahun yang agak sibuk   :-> Tak sabar nak balik. Tapi sebelum balik 'bos' suruh marking exam papers & key in marks dulu..adedei..Wish me da best k 8-)  8-)
AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA
Peribahasa Melayu ini merujuk kepada sikap manusia. Ciri luaran seseorang individu itu kadangkala tidak menggambarkan sikap dalamannya. Kadang-kadang dari luar nampak baik, tapi hati di dalam hanya Allah yang tahu.
SG PAMILAN, Tenom Sabah
Sg Pamilan terletak lebih kurang 25km dari Pekan Tenom & 23km dari Bandar Keningau. Mempunyai aliran sungai yang tenang, kawasan rekreasi Sg Pamilan turut menyediakan pondok-pondok serta tapak untuk BBQ. Kami ke Sg Pamilan pada hari yang sama ke Kg Pangi  8-)  8-)
HAPPY BIRTHDAY UDA & MERRY XMAS (25 Disember)
Happy Birthday Adikku Uda..
Merry Krismas kepada semua penganut Kristian..
QUICK UPDATE
Fuhhh lama suda nda update fp baa. Bukan apa, tengok macam nda ada orang suda. Tapi sekali kena 'sound' terus update baa ni..hehe. Dah banyak kali plan nak update, tapi asyik bertangguh. Dari sebelum cuti sekolah sampai dah nak habis cuti sekolah pulak haa :-D  :-> Adoi aii..
GOODBYE 2010 & WELCOME 2011!! XOXO
SOMETHING HAPPEN FOR REASON
Segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Sebagai contoh, kalau bukan kerana tugas mungkin saya masih belum berpeluang menjejakkan kaki di Sabah, apatah lagi Kg Pangi..
KG PANGI TENOM, SABAH
Kampung Pangi terletak kira-kira 9 kilometer dari Pekan Tenom. Uniknya, kampung ini hanya boleh dihubungi dengan jalan keretapi, kerana tiada kemudahan jalan raya untuk ke pekan. Selain itu, kampung ini juga tidak mempunyai sebarang talian telefon, termasuk Telekom.
Walaupun kedengaran terpencil, Kg Pangi mempunyai daya tarikan tersendiri. Selain mempunyai pemandangan alam semulajadi yang indah, Kg Pangi juga menjadi tarikan pelancong yang meminati aktiviti 'water rafting'. Aktiviti lasak ini dijalankan di sungai berarus deras; Sungai Padas. Sungai Padas juga menempatkan stesen hidro elektrik.
Sangat teruja untuk ke Kg Pangi kerana terdapat beberapa pelajar yang tinggal di kawasan kampung ini. Kami bertolak pada jam 7.30 pagi. Kemudian sempat berjalan-jalan di sekitar kampung berhampiran & jambatan gantung, sebelum bertolak pulang pada jam 10.30 pagi. Perkhidmatan keretapi ke Kg Pangi hanya disediakan 2 kali iaitu pada pukul 7.30 pagi & 12.30 tengah hari. Selain keretapi, penduduk tempatan juga menggunakan troli untuk ke pekan. Perjalaanan pekan-Kg Pangi mengambil masa 1/2 jam menaiki keretapi, manakala 1 jam diperlukan jika menaiki troli!!
Lama sudah nda update baa. School holiday is around the corner. Yeah..
Happy Holiday..
And not to forget..ALL THE BEST TO ALL SPM CANDIDATES
MAKE HAY WHILE THE SUN SHINES
Sementara masih ada masa lakukan-lah segala perkara yang perlu. Jangan pula tunggu sehingga saat terakhir. Tapi kita ni kadang-kadang memang suka 'cari pasal'. Punya-lah banyak masa lapang, tidak 'sampai hati' pula nak buat kerja. Dah hujung waktu nanti baru-lah 'terhegeh-hegeh'..Harap-harap para pelajar PMR & SPM 2010 sudah bersedia untuk menghadapi peperiksaan sejak awal tahun lagi baa..No last minute please..
KELUPIS
Kelupis merupakan salah satu makanan tradisi yang popular semasa sambutan Hari Raya di Malaysia Timur. Makanan yang boleh didapati di Sabah, Sarawak & Brunei ini dinamakan Kelupis sempena daun yang membalut makanan ini iaitu, daun kelupis. Kelupis dibuat dari beras pulut yang dikukus bersama santan kelapa & sedikit garam, seterusnya dihidang & dimakan bersama Kuah Kacang.
OPEN HOUSE
Bagi sambutan Aidilfitri 2010, kami 3 rakan serumah berpakat mengadakan Rumah Terbuka yang melibatkan 3 buah sekolah iaitu SMK Entabuan, SMK Chung Hua & SK Pekan. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan sekalung penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dalam menjayakan majlis ini. Menu yang kami sajikan ialah Laksa Penang, Bihun Soto, Nasi Himpit & Kuah Kacang, Kek Coklat Kukus, Puding Karamel, Buah Oren & Air Oren. Buat pengetahuan, semua menu kami bertungkus lumus masak sendiri baa..
ALL THE BEST PMR 2010
Selamat menghadapi peperiksaan kepada semua calon PMR 2010. Semoga dapat menjawab dengan cemerlang XOXO
DENDANG PERANTAU  (P Ramlee)
* http://www.youtube.com/watch?v=K40uYUapEf4
DENDANG PERANTAU (P Ramlee)
Di hari raya
Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia
Apakan daya
Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni
Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu
Dendang perantau
AIDILFITRI 2010
Alhamdulillah..Aidilfitri kali ini kami sambut dengan penuh meriah tetapi sederhana. Paling seronok kami sekeluarga dapat berkumpul bersama pada Hari Raya Pertama. Tema Raya kami pada tahun ini ialah MERAH! Kali pertama pulang beraya sebagai 'perantau' baa..ewahh.. 8-)  8-)
MAKAN2 RAYA
Sempena kali pertama meraikan suasana beraya di Sabah, sempat menjemput anak-anak murid untuk Makan2 Raya di rumah (sewa). Juadah yang ringkas & mudah saja baa..
Edisi 1: Nasi Ayam, Bihun Sup, Nugget & Sosej Goreng, Kek Coklat Kukus, Puding Cocktail, Buah Oren, Air Oren & Kuih Raya
Edisi 2: Bolognese Spaghetti, Chicken Fingers, Trifle, Float, Air Oren, Kuih Raya
Sebahagian hadirin
Sebahagian juadah raya
SELAMAT HARI RAYA
Mohon Maaf Salah & Silap
EARLY BIRD CATCHES THE WORMS
Lebih kurang SIAPA CEPAT DIA DAPAT. Sekarang musim SALES sempena sambutan Aidilfitri yang akan menjelma dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Sana sini ada 'sales', diskaun hingga 70%, jualan hebat, jualan murah. jualan gudang, penghabisan stok, harga borong & segala macam promosi. Jadi siapa datang dulu dia dapat, siapa datang lambat tak dapek ese nak nolong eh doh  8-)  8-)
TENOM-JOHOL
Tahun pertama 'terbang' balik kampung untuk menyambut lebaran. Wah, rasa macam perantau pula (memang perantau la kan?); maklum la duduk oversea  :-D  LOL Beberapa bulan sebelum balik raya, saya & kawan2 dah tempah tiket. Kami balik sebaik tamat tugas. 12pm balik kerja, 120-440pm bergerak naik teksi; TENOM-KK. 445-520pm sempat ke Pasar Filipina beli souvenir 630-845pm terbang; KK-KL. 930-1130pm tiba di JOHOL N9. Alhamdulillah & terima kasih kepada Mak, Abah & Imah yang sudi jemput XOXO
SALAM AIDILFITRI 1431H
Sempena Aidilfitri saya ingin mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1431H
Mohon Maaf Salah & Silap
Daun Teratai Gergasi di Taman Pertanian TENOM Sabah
E-Kad Raya
BIRDS OF A FEATHER FLOCK TOGETHER
Proverbs ini membawa maksud yang lebih kurang sama dengan peribahasa "Enggang sama enggang, pipit sama pipit". Sudah menjadi lumrah alam, manusia lebih suka bergaul sesama kelompok mereka. Kadang-kadang bukan kerana tidak sebulu atau berlagak sombong, tapi apabila bersama 'geng' sendiri, manusia akan merasa lebih selesa.
Contoh: Sesetengah orang suka ber-sungkai (iftar@buka puasa) di luar sebab boleh berbuka puasa beramai-ramai dengan kawan-kawan serta tidak perlu memasak juadah untuk berbuka puasa. Tetapi bagi sesetengah orang pula, mereka lebih berminat untuk berbuka puasa di rumah bersama kawan-kawan serta memasak sendiri; lebih jimat & puas hati. Tambahan pula selepas makan boleh terus menunaikan solat Maghrib. Kalau berbuka puasa di luar, satu hal pula nak mencari surau/masjid. Lain-lah kalau tempat makan tersebut turut menyediakan tempat bersolat; baru-lah selesa nak ber-sungkai di luar. Faktor ini-lah yang menyebabkan saya kurang berminat untuk ber-sungkai di luar, kecuali dengan kawan-kawan yang faham situasi sebegini. Lagi parah kalau kawan tersebut puasa tetapi tidak solat. Nau'zubillah min zalik.
Nota:
1. Silibus minggu ini - Proverbs
2. Setakat 2 minggu menjalani ibadah puasa di TENOM Sabah, belum pernah ber-sungkai di luar.
NASI AYAM GORENG
Pertama kali nampak resipi ni di http://http://mamawandiha.fotopages.com/?entry=2069341://(FP mamawandiha), saya sudah terpikat. Lalu apabila tiba giliran memasak (di rumah sewa kami ada giliran memasak), saya tidak melepaskan peluang untuk mencuba resipi ini. Terima kasih kepada empunya resipi. Tapi saya 'ceneke' (ngelat) sikit, sebab ubah suai resipi mengikut bahan-bahan yang ada XOXO
Nasi Ayam Goreng, Sambal Tempe & Jelatah
NASI AYAM GORENG Sempoi
Bahan2
Bunga Cengkih
Bunga Lawang
Kulit Kayu Manis
Bwang Merah
Bawang Putih
Serbuk Kari
Beras
Ayam
Susu Cair
Serbuk Kunyit
Garam
Minyak
Daun Pandan
Air
Cara2
1. Gaul & perap sekejap ayam dengan garam, serbuk kunyit & kari. Goreng. Ketepikan.
2. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis, bawang merah & bawang putih hingga naik bau.  Alihkan dari dapur. Masukkan beras, susu cair, air & daun pandan. Kemudian susun ayam goreng di bahagian atas (dalam periuk/periuk nasi yang sama). Tanak nasi seperti biasa.
KUIH GELANG
Kuih Gelang atau juga dikenali sebagai Kuih Keria ini merupakan kuih yang paling digemari. Kalau hari-hari makan kuih ni pun saya rela :-D  :-D
Kuih Gelang @ Keria (the most favourite kuih)
Nasi Lemak
Trifle
Seminggu sebelum balik kampung...Rindu sudah masakan Mak, Bazaar Ramadhan KL/N9 & shopping di Jln TAR KL. Bazaar Ramadhan di TENOM/KENINGAU sangat tidak sama dengan Bazaar Ramadhan di tempat sendiri baa  8-)  8-)
SELAMAT MENGIMARAHKAN RAMADHAN AL MUBARAK
LAIN PADANG LAIN BELALANG
Perumpamaan "Lain Padang Lain Belalang" membawa maksud yang serupa dengan "Lain Lubuk Lain Ikan", serta pantun 2 kerat yang tidak kurang popular; "Banyak Udang Banyak Garam, Banyak Orang Banyak Ragam". Sudah lumrah setiap orang dilahirkan berbeza. Macam saya juga, orang lain sibuk dengan pelbagai resipi menarik versi Ramadhan di fp, fb & blog, saya pula sibuk dengan koleksi orkid. Maklum-lah tiada resipi yang BEST untuk dikongsi baa..XOXO
ORKID DI TAMAN PERTANIAN SABAH
Walaupun 10 Julai 2010 sudah ada enrty berkaitan http://srsfeqah.fotopages.com/?entry=2055636://url(Taman Pertanian Sabah), tapi yang ini lain sedikit. Kali ini saya cuma paparkan koleksi gambar bunga Orkid yang tedapat di Taman Pertanian Sabah; sempena Pesta Bunga Orkid yang berlangsung pada 30 Julai hingga 1 Ogos 2010. Buat pengetahuan, taman ini terletak di Lagud Sebrang, iaitu lebih kurang 15km dari pekan Tenom.
Saya ke taman tersebut ber-4; dengan 3 orang kawan. Pusingan pertama kami menaiki tren, manakala pusingan kedua mengayuh basikal. Bayaran masuk adalah RM10, manakala RM3 dikenakan untuk berbasikal selama 1 jam. Tren adalah percuma.
Laluan Masuk
Bangunan Pentadbiran, Ruang Santai, Tempat Meletak Kenderaan & Kiosk
Tren & Basikal
Pusat Anggerik Kacukan & Pusat Anggerik Tempatan
Koleksi Orkid di Taman Pertanian Sabah, TENOM
Last but not least, foto Konvokesyen 2010 iaitu sehari sebelum 1 Ramadhan (10/8/10)
RAMADHAN 1431H
Tahun ini merupakan tahun pertama merasai pengalaman berpuasa di TENOM, Sabah. Tidak kisah walau di mana kita berada,  Selamat Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ni lebih baik dari Ramadhan yang lepas  8-)  8-)
SELAMAT BULAN OGOS 2010
Seperti biasa, kehadiran bulan OGOS memang ditunggu-tunggu setiap tahun. Bulan OGOS merupakan bulan yang paling BEST berbanding 11 bulan yang lain. Kenapa? Sebab Hari Lahir saya jatuh pada bulan OGOS yang BEST inilah. Selain Hari Lahir saya, OGOS tahun 2010 juga ada pelbagai perkara yang BEST, antaranya:
6 Ogos 2010: Hari Lahir saya & Hari Anugerah Pelajar Cemerlang
7 Ogos 2010: Terbang KK-KL
10 Ogos 2010: Konvokesyen saya di U*M
11 Ogos 2010: 1 Ramadhan 1431H & terbang semula KL-KK
18 Ogos 2010: Hari Lahir Pidah
27 Ogos 2010: Hari Lahir k-Dilla
28 Ogos 2010: Hari Lahir Abah
31 Ogos 2010: Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53
Walaupun dah kurang pengguna fp, saya masih lagi 'mahu' update fp baa..Ini antara koleksi gambar di Gunung Kinabalu yang paling saya gemari  8-) 8-)
Akhir kata,
SELAMAT HARI LAHIR kepada saya, Pidah, k-Dilla, Abah serta semua OGOSians..
SELAMAT Mengimarahkan Ramadhan Al-Mubarak..
SELAMAT Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53..
XPDC GUNUNG KINABALU (17-18 JULAI 2010)
Alhamdulillah..Allahu Akbar!!
Tidak pernah terlintas di fikiran untuk mendaki Gunung Kinabalu; puncak tertinggi di Malaysia. Kalau tidak kerana kawanku Erliz, dan kalau tidak kerana bertugas di Sabah, ada kemungkinan saya tidak menjejakkan kaki ke Gunung Kinabalu 8-)
Ketika Erliz mengajak untuk mendaki Gunung Kinabalu, awal-awal lagi saya sudah mengingatkan; saya hanya akan turut serta sekiranya hari pendakian jatuh pada hujung minggu (Sabtu-Ahad). Alhamdulillah rezeki kami, melalui promosi di MATTA Fair, Erliz dapat ‘booking’ pada tarikh yang sesuai.
Sejak Khamis lagi, Erliz, Syida & Kam telah terbang KL-KK & kemudian ke TENOM. Jumaat petang kami bergerak TENOM-KK. Awal pagi Sabtu barulah kami bergerak ke Kundasang ;-)
Di Kinabalu Park HQ sblm pendakian; bersama guide Mr Lasius
Take Nothing But Photographs Leave Nothing But Footprints
Sebelum berangkat melepasi garisan permulaan
Pondok Timpohon; lapor diri+pendakian bermula
Trek laluan
Pondok rehat di sepanjang laluan
Pondok Layang-layang 'lokasi' lunch, air tidak dirawat bekalan yang disediakan & Sayat-sayat Check Point; pondok lapor diri sebelum menuju ke puncak..
Papan tanda jarak laluan & ketinggian di setiap 0.5km
Notis
Muka4 di sepanjang perjalanan
'Porters'; memang 'tough' diorang nih..boleh bawa 10-15kg rileks je..
Antara flora yang terdapat di Gunung Kinabalu
Alhamdulillah berjaya sampai di puncak
Puncak-puncak di puncak Gunung Kinabalu
Subhanallah..
Kali terakhir bersama Mr Lasius yg sporting; selepas pendakian
Bersama ejen; Mr Jack yg bw keta punya-lah laju..
Kami memulakan perjalanan dari Pondok Timpohon pada hari Sabtu 17 Julai 2010 pukul 10 pagi, tiba di Laban Rata 6km (tempat penginapan) 4.30 petang. Selepas membersihkan diri, tidur 7.30 petang-1.30 pagi dan mula mendaki pada pukul 2.15 pagi. Akibat tidak mengalas perut, kami tiba di Low's Peak 8.7km selepas matahari terbit; 6.45 pagi. Setelah bergambar kami bergerak turun ke Laban Rata; 7.30-10.30 pagi. Selepas makan & berehat sekejap, kami mula bergerak pulang; 12 tengahari dan selamat tiba di Pondok Timpohon pada pukul 5.30 petang (kelajuan masing-masing tidak sama), 18 Julai 2010 Ahad.
Sepanjang perjalanan kami setia 'ditemani' sebatang kayu, bekalan makanan seperti energy bar, coklat & kismis, semangat waja & fikiran yg positif (?) serta guide yang sentiasa sabar. :> Buat makluman, 1 orang guide terhad/maksimum untuk 5 orang pendaki sahaja.
TERIMA KASIH kepada Erliz (chief d mission yang sungguh bersemangat waja), Syida & Kam (rakan sependakian yang banyak membantu), Mr Lasius (guide+porter yg sporting), Mr Jack (ejen yg bawak kereta punye-lah laju), k.G, T & Haini (housemates), guru2 SMKE, Abah, Mak, Anum & family serta semua pihak yang telah terlibat secara langsung & tidak langsung dalam menjayakan XPDC Gunung Kinabalu ini. Terima kasih juga kepada 3 sahabat; Erliz, Syida & Kam yang sanggup turun berkunjung ke TENOM & ajak makan makanan laut di KK baa XOXO :-D
Alhamdulillah..